Wanita putus tangan ditetak suami
Astro Awani
Ogos 12, 2018 12:22 MYT
Ogos 12, 2018 12:22 MYT
Akibat cemburu buta, seorang suami tergamak menetak tangan isterinya dalam kejadian di kawasan tempat meletak kereta di sebuah flat di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam tadi.
Dalam kejadian jam 12.55 malam, wanita berusia 24 tahun itu putus pergelangan tangan kiri setelah berlaku pergelutan dengan suaminya.
Mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Polis berjaya menahan lelaki berusia 39 tahun itu di kawasan surau dekat Maccalum beberapa jam selepas kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A. Anbalagan, siasatan awal mendapati suspek menetak tangan isterinya menggunakan sebilah pisau.
Difahamkan pergaduhan dipercayai berpunca daripada dendam dan cemburu suspek terhadap isterinya apabila mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lepas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.