Wanita OKU melecur dalam kebakaran
Adie Sufian Zulkefli
Ogos 9, 2022 10:30 MYT
Ogos 9, 2022 10:30 MYT
ALOR SETAR: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) melecur ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Sekolah, Alor Merah, di sini, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.36 tengah malam.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi. Sebaik tiba, api sedang marak dari bilik tidur di rumah terbabit.
"Setelah api berjaya dipadamkan, anggota menyelamatkan mangsa yang melecur di badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.