Wanita muat naik video hasutan terhadap Sultan Perak ditahan

Bernama
Mei 6, 2023 17:11 MYT
Suspek berusia 34 tahun yang ditahan polis di Klang, Selangor semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik video berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata suspek berusia 34 tahun yang ditahan polis di Klang, Selangor semalam itu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
"Kes berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.
VIdeo berkenaan disyaki dimuat naik suspek melalui akaun TikTok @ijaheartfarizahwhitenew, Isnin lepas.
-- BERNAMA
#hina sultan perak #hina sultan #PDRM #Bukit Aman
;