Wanita mengamuk kata akaun Facebooknya digodam

T K Letchumy Tamboo
Julai 17, 2014 10:14 MYT
Wanita yang mengamuk selepas keretanya dilanggar seorang lelaki berumur berkata dia tidak pernah memohon maaf di laman Facebooknya.
Wanita yang mengamuk selepas keretanya dilanggar seorang lelaki berumur berkata dia tidak pernah memohon maaf di laman Facebooknya.
Wanita yang bernama Siti Fairah Ashykan itu memberitahu The Star Online bahawa akaun Facebooknya telah digodam.
Siti Fairah yang lebih dikenali sebagai Kiki itu, berkata dia telah tidak mengaktifkan akaunnya selepas video yang memaparkannya menghentam kereta Uncle Sim Siak Heong dengan pengunci stering menjadi viral.
Wanita berumur 30 tahun itu berkata dia telah meminta maaf kepada Uncle Sim dan isterinya secara peribadi di sebuah balai polis di Kuantan, selepas kejadian itu.
“Saya juga bertemu dengan isterinya dan memeluknya. Uncle menerima permohonan maaf saya dan memberitahu saya untuk tidak melakukannya lagi,” katanya.
Kiki juga memberitahu The Star Online bahawa perbuatannya adalah ‘suatu kesalahan yang amat besar’ dan dia menerima kritikan terhadapnya.
“Saya hanya mahu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia untuk tindakan saya.”
Sebelum ini, akaun Facebook yang dikaitkan dengannya, ‘Kiki Kerja Kahwin’, telah dimuatnaikkan dengan permintaan maaf yang kononnya datang dari Kiki.
#cdm25 #wanita mengamuk
;