Wanita membasuh di tebing sungai hilang, dipercayai disambar buaya
Astro Awani
Jun 25, 2020 14:12 MYT
Jun 25, 2020 14:12 MYT
Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Benang, dekat Sugut, Beluran, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Peredot Kanon, berumur 62 tahun dikatakan sedang mandi sambil mencuci pakaian di tebing sungai bersama anaknya.
Mangsa dipercayai telah disambar dan ditarik ke dasar sungai oleh reptilia terbabit sebelum hilang.
Lebih menyedihkan, kejadian itu disaksikan anak mangsa sendiri.
Sehingga kini, mangsa belum ditemui dan difahamkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi, Khamis.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba sudah dihantar ke lokasi tu bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).