Wanita maut terjatuh dari tingkat 18 kondominium
Dewi Nur Harasha Alias
April 10, 2021 10:53 MYT
April 10, 2021 10:53 MYT
GEORGE TOWN: Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Bukit Kukus, di sini, tengah malam tadi.
Mayat wanita berusia 35 tahun itu ditemui terdampar di atas bumbung bilik panel suis milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.43 pagi Sabtu.
"Anggota bomba terpaksa menggunakan tangga daripada jentera bagi menurunkan mangsa," kata jurucakap bomba dalam kenyataan hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian.
Operasi tamat pada jam 2.27 pagi dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
#TNB
#jatuh tingkat 18
#bilik panel suis
#wanita berusia 35 tahun
#BBP Paya Terubong
#Kementerian Kesihatan
#bomba
#KKM
#Jalan Bukit Kukus