Wanita maut, suami parah, motosikal bertembung Perodua Viva

Shafik Ahmad
Julai 18, 2022 00:45 MYT
Kelihatan anggota polis mengambil maklumat kejadian kemalangan di Jalan Bako, Kuching.
KUCHING: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bako, Kuching pada Isnin malam.
Mangsa dikenal pasti sebagai Siti Khadijah Sudin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Manakala suaminya Azlan Adi dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam ketika pasangan suami isteri itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke Muara Tebas melalui jalan tersebut.
Menurut sumber, ketika melalui jalan tersebut motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki kedua-dua dikatakan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berhenti di tepi jalan ekoran masalah teknikal.
Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting di kanan jalan kira-kira 10 meter dari kenderaan tersebut.
Bagaimanapun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#kemalangan Jalan Bako #Muara Tebas #wanita maut #Sarawak
;