Wanita maut selepas terjun dari tingkat 11 Flat Hang Tuah

Astro Awani
September 30, 2017 11:04 MYT
Wanita berkenaan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat cedera parah di bahagian kepala. - Foto Astro AWANI
Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 11 Flat Hang Tuah di ibu negara petang tadi.
Menurut saksi, dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu difahamkan mangsa telah bertindak memanjat sebuah kerusi yang terletak di laluan koridor tingkat berkenaan sebelum bertindak terjun.
Wanita berkenaan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat cedera parah di bahagian kepala.
Mangsa yang dikatakan berusia 28 tahun itu dipercayai tinggal di tingkat satu flat berkenaan.
Motif tindakan wanita terbabit kini masih disiasat.
Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
#Flat Hang Tuah #Hospital #Kuala Lumpur #mangsa #maut #mayat #meninggal dunia