Wanita maut ketika cuba kejar peragut di Bachok

Muhafandi Muhamad
Februari 15, 2017 11:47 MYT
Motosikal mangsa dikatakan dihimpit seorang lelaki sebelum mangsa mengejar lelaki itu dan terlanggar tiang elektrik. - Foto Astro AWANI
Seorang mangsa ragut maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penjenayah dalam kejadian di Kampung Pak Elong, Tangok di sini hari ini.
Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Siti Rohani Wahab, 54 tahun, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar tiang elektrik ketika mengejar suspek.
Motosikal mangsa dikatakan dihimpit seorang lelaki sebelum mangsa mengejar lelaki itu dan terlanggar tiang elektrik.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan, beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut seorang lelaki.
Mangsa bertindak mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987.
#Bachok #Kampung Pak Elon #maut kejar peragut #ragut #Siti Rohani Wahab