Wanita maut, kenderaan remuk dihempap pokok dalam hujan lebat di pintu utama UM

Afiezy Azaman
Oktober 23, 2019 19:26 MYT
Keadaan pokok yang tumbang di hadapan pintu masuk Universiti Malaya pada petang Rabu. - JBPM KL
Seorang wanita yang sedang berjalan kaki maut selepas dihempap pokok yang tumbang di Jalan 16/10, di hadapan pintu utama Universiti Malaya, petang Rabu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang sebelum menghantar lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai ke lokasi kejadian.
"Anggota tiba pada 5.44 petang dan mendapati mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah dihempap sebatang pokok di hadapan pintu masuk utama universiti.

Seorang wanita maut dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika hujan lebat di hadapan pintu masuk utama Universiti Malaya (UM) petang tadi (Rabu). Identiti mangsa masih belum dikenalpasti. @501Awani Lanjut di https://t.co/X17IZG9DI0. pic.twitter.com/bAz2IXQtx2

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) October 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Kenyataan itu turut memaklumkan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Terdapat juga pokok tumbang yang menghempap tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran," jelasnya.
#hujan lebat #JBPM #maut dihempap pokok #monsun #musim hujan #Pokok tumbang #universiti malaya #wanita maut
;