Wanita maut jatuh dari tingkat 15
Afiezy Azaman
Jun 26, 2021 22:49 MYT
Jun 26, 2021 22:49 MYT
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul, pada petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan kejadian pada jam 5.43 petang.
"Tubuh mangsa dijumpai di kawasan parkir motosikal di bawah bangunan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
"Mangsa yang tidak pernah bekerja tinggal di apartmen itu bersama keluarga," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Eng Lai berkata polis telah merakam keterangan saksi kejadian dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.