Wanita maut dipercayai ditikam suami
Sinar Harian
Jun 12, 2024 14:40 MYT
Jun 12, 2024 14:40 MYT
IPOH: Seorang wanita ditemukan maut dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di Laluan Simee 11, Kampung Simee di sini pada Rabu.
Difahamkan, mangsa berusia 48 tahun ditikam beberapa kali oleh suspek yang berusia 56 tahun ketika berlaku pertengkaran.
Kejadian sekitar jam 8 pagi itu turut disaksikan oleh anak perempuan pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.