Wanita maut dikelar: Polis buru lelaki warga Indonesia bantu siasatan
Astro Awani
Disember 24, 2020 11:59 MYT
Disember 24, 2020 11:59 MYT
KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita, dipercayai rakan senegaranya, di Klang, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki itu dikenali sebagai Safrizal, dipercayai tinggal berlainan bilik di rumah yang sama di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas.
"Wanita berkenaan ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan tikaman pada leher, pada jam 2 petang.
"Mangsa berusia 20-an itu ditemukan rakan serumahnya sebelum memaklumkan kepada pihak polis," katanya.
Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Zamrus Zakaria di talian 019-6892777.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.
#wanita
#mayat
#polis
#mangsa
#Klang
#Indonesia
#siasatan
#mati
#Shamsul Amar Ramli
#Kanun Keseksaan
#separuh bogel
#tikam
#Safrizal
#Taman Sri Andalas