Wanita maut dihempap lori simen
Muhafandi Muhamad
Januari 22, 2022 22:24 MYT
Januari 22, 2022 22:24 MYT
KOTA BHARU: Seorang wanita maut dihempap lori simen yang dipercayai mengalami kerosakan brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Cemerlang, di sini petang tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Roslina Anat Lat, 47 tahun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Mohd Suhaimi Ali berkata lori yang membawa muatan simen itu dipercayai membelok ke arah kiri selepas menyedari brek gagal berfungsi.
Lori berkenaan datang dari arah bertentangan manakala kereta mangsa berada di persimpangan lampu isyarat.
Pemandu lori berkenaan bertindak membelok ke kiri bagi mengelak dari melanggar kenderaan di hadapan.
Menurut Mohd Suhaimi lagi, lori berkenaan yang hilang kawalan terbalik dan menghempap kereta jenis Perodua Kelisa dinaiki mangsa.
Pihak bomba dan penyelamat terpaksa dipinggal bagi membawa keluar mangsa yang tersepit.
Operasi membawa keluar mangsa berdepan kesukaran kerana muatan simen yang turut tumpah di atas kereta.