Wanita maut dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan

Astro Awani
Ogos 25, 2016 12:48 MYT
Besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, yang terletak di bersebelahan pusat beli-belah Pavilion. - Foto Astro AWANI
Seorang wanita maut apabila dihempap takal besi yang terjatuh daripada sebuah kren di Jalan Raja Chulan petang tadi.
Menurut pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren yang berada di sebuah tapak pembinaan, yang terletak bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Samsol Maarof Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 7.21 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Pudu dan Hang Tuah dengan kekuatan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya kepada Bernama.
#hempap #Jalan Raja Chulan #kren wanita maut