Wanita maut digilis tren komuter

Bernama
Februari 4, 2013 17:49 MYT
Seorang wanita berumur dalam lingkungan 50-an maut digilis tren komuter di landasan berhampiran Stesen KTM Komuter Taman Wahyu di sini, hari ini.
Mangsa yang tiada dokumen pengenalan diri itu dikatakan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan pihak KTM Berhad telah membuat laporan mengenai insiden itu.
"Kami belum dapat mengenal pasti identiti wanita itu kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat yang hancur akibat kemalangan itu," katanya.
#digilis #komuter #KTM #maut #Taman Wahyu #wanita
;