Wanita maut digilis, suami dan anak parah dalam kemalangan di Bukit Tagar
Astro Awani
Jun 12, 2020 07:30 MYT
Jun 12, 2020 07:30 MYT
Seorang wanita maut manakala anak dan suaminya parah dalam kemalangan di kilometer 426.9 di Lebuhraya Utara Selatan, Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung pada pagi Sabtu.
Panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 1.20 pagi oleh peronda lebuh raya.
Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak itu terbabas.
Wanita itu tercampak keluar di lorong laju sebelum digilis dan diseret kenderaan lain.
Mangsa yang parah di kepala dan badan disahkan maut oleh paramedik.
Anak mangsa dan suaminya parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Kemalangan berlaku dalam hujan serta laluan berselekoh dan gelap.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Khadijah Ab Rahim, 33, dari Taman Tasik Semenyih.
Polis masih mendapatkan beberapa keterangan saksi bagi mengenal pasti punca kejadian.
#Bukit Beruntung
#Bukit Tagar
#Hospital
#kemalangan
#Khadijah Ab Rahim
#Lebuhraya Utara Selatan
#maut
#Perodua
#Perodua Myvi
#polis
#Semenyih
#Taman Tasik Semenyih