Wanita Malaysia koma di Turki meninggal dunia

Bernama
Disember 23, 2016 12:15 MYT
Pemergian Sharipah Saadah disahkan oleh adiknya, Jawahiril Kamaliah.
Sharipah Saadah Mohamed, rakyat Malaysia yang koma akibat serangan darah tinggi di Turki baru-baru ini, meninggal dunia di Hospital Bursa Turki awal pagi ini.
Perkara itu disahkan adiknya, Jawahiril Kamaliah Mohamad, 55, ketika dihubungi hari ini.
"Kakak saya (Sharipah) meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi waktu Turki (waktu tempatan 8.30 pagi) kerana mengalami pendarahan otak.
"Urusan pengebumian Allahyarham akan diuruskan oleh pihak hospital Bursa, Turki bersama ahli keluarga serta akan dikebumikan di sana," katanya.
Jawahiril Kamaliah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberi sumbangan bagi membantu menanggung kos perubatan kakaknya di Turki sebelum ini.
Pada 10 Disember lepas, Sharipah Saadah, 57, mengalami pendarahan otak ketika melancong di Turki bersama suaminya Haron Mohd Salleh.
-- BERNAMA
#darah tinggi #Sharipah Saadah Mohamed #Turki #wanita alami koma
;