Wanita lahirkan anak di restoran makanan segera

Astro Awani
Oktober 3, 2016 20:56 MYT
Bayi perempuan itu telah diberikan nama Nor Dayana. - Facebook/Dato' Joshua Liew
SUASANA di sebuah restoran makanan segera di Sungai Petani, Kedah, kecoh seketika apabila seorang seorang wanita yang sedang makan malam melahirkan anak selepas tidak sempat untuk ke hospital.
Wanita ini tidak menyangka akan melahirkan anaknya di sebuah cawangan restoran makanan segera.
Dijangka melahirkan pada hujung bulan Oktober, Nurul Haslina Abdul Halim selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 11.10 malam pada Ahad.
Semuanya dibantu pekerja restoran serta beberapa pelanggan lain.
Kejadian berlaku di restoran Marrybrown di Amanjaya Mall.
Nurul Haslina yang ketika itu sedang makan malam, mendapati air ketubannya pecah.
Kekecohan disedari kakitangan restoran, lantas pengurus cawangan bertindak menghubungi ambulan dan melarang orang ramai daripada memasuki premis.
Seorang jururawat klinik swasta kebetulan melalui premis telah memberikan bantuan.
Wanita dan bayi yang baharu dilahirkan itu kemudian dibawa ke hospital Sultan Abdul Halim.
Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Group, Datuk Joshua Liew ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan menganjurkan satu majlis bagi meraikan kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Nor Dayana di cawangan restoran segera itu di Johor sebaik dibawa pulang ke kampung halaman bapanya nanti.
#bayi lahir #marrybrown amanjaya mall
;