Wanita korban pertama banjir di Terengganu
Astro Awani
Disember 25, 2012 06:28 MYT
Disember 25, 2012 06:28 MYT
Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu.
Mangsa Samhanim Ramli, 36, dikatakan terjatuh ke dalam dalam Sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri pada petang Selasa.
Menurut ketua operasi penyelamat balai bomba dan penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria, operasi mencari dan menyelamat bersama bantuan penduduk kampung menemui mayat mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian.
Mayat dijumpai sekitar jam 6.30 petang Selasa.
Mangsa dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.
Mayat dibawa ke hospital Setiu untuk bedah siasat.