Wanita ketagih makan bedak bayi

Sinar Harian
Disember 9, 2023 13:13 MYT
Dreka Martin berkata, dia sentiasa menikmati rasa bedak itu selepas memandikan anak-anaknya. - Gambar hiasan
Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 27 tahun mendedahkan dia kerap menjadikan bedak bayi Johnson's sebagai makanan hariannya dan sudah membelanjakan AS$4,000 (RM18,622) untuk membeli produk tersebut.
Dreka Martin berkata, dia sentiasa menikmati rasa bedak itu selepas memandikan anak-anaknya.
Dreka yang tinggal di New Orleans, Louisiana mengaku dia gemar memakan Aloe & Vitamine E Johnson's setiap hari dan menyatakan produk itu sangat menyelerakan apabila cair dalam mulut.
Namun, semasa mengandung, dia mengurangkan tabiat peliknya itu dan hanya membelanjakan AS$14 (RM65) sehari untuk sebotol sejak Januari.
Ketika ditanya sama ada dia mengalami masalah kesihatan selepas memakan bedak itu, Dreka menjawab ringkas 'tidak'.
Dalam pada itu, Johnson's menyatakan bedak bayi mereka direka untuk kegunaan pada kulit sahaja dan memberi amaran mengenai masalah lain jika termakan produk tersebut.
Bagaimanapun, jurusolek turut menyuarakan kebimbangan jika anaknya meniru tabiat peliknya itu.
Dreka mengakui dia mengidap Pica, penyakit gangguan makanan iaitu cenderung memakan barangan bukan makanan seperti cat dan kapur.
"Saya suka makan bedak bayi.Rasa seperti baunya. Ia membuatkan saya rasa tenang dan mengembirakan hati saya,"kata Dreka kepada portal The Mirror.
"Ia ketagihan yang tidak boleh dibendung lagi. Apabila difikirkannya, tiba-tiba mulut saya berair. Saya akan menghabiskan wang untuk membelinya kerana sangat memerlukannya," katanya. - Sinar Harian/ Agensi
#bedak bayi #ketagihan bedak #makan bedak #Pica
;