Wanita Indonesia maut dilanggar tren komuter di Bangi
Bernama
Mei 15, 2016 07:26 MYT
Mei 15, 2016 07:26 MYT
Seorang wanita warga Indonesia maut selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di landasan Kilometer 42.1 berhampiran Stesen Komuter Bangi petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Dasma, 65, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Mangsa dikatakan melintas landasan berkenaan sebelum dilanggar komuter yang menuju ke arah Bangi, katanya kepada Bernama di sini, malam ini.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya.