Wanita Indonesia dakwa didera majikan kerana mahu pulang

Bernama
Februari 21, 2024 14:43 MYT
Raub berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur penderaan terjadi sebaliknya tujuan wanita itu melakukan perkara tersebut adalah untuk pulang ke negara asalnya. - Foto FB
JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya didera majikan telah diserahkan kepada pihak kedutaan bagi tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata hal itu berikutan siasatan dan temu bual yang dijalankan terhadap kedua-dua pihak mendapati tiada sebarang unsur penderaan berlaku.
Beliau berkata terdahulu pihaknya telah menerima satu tangkap layar menerusi aplikasi TikTok (mamah.azriel07) semalam pada kira-kira 10.30 pagi berhubung individu mendakwa dirinya didera.
"Video tular pada Isnin lepas yang memaparkan individu terbabit seorang wanita warga Indonesia menyatakan dirinya didera majikan semasa bekerja sebagai tukang bersih dan pembantu rumah jagaan.
"Susulan dari video itu Ketua Polis Balai Taman Pelangi bersama wakil kedutaan Indonesia telah ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hanya mahu pulang ke negara asal, tiada unsur dera - Polis
Raub berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur penderaan terjadi sebaliknya tujuan wanita itu melakukan perkara tersebut adalah untuk pulang ke negara asalnya.
-- BERNAMA
#wanita warga Indonesia #dakwa didera majikan #pembantu rumah #TikTok #video tular #polis Johor Bahru
;