Wanita hilang barangan kemas selepas cium bau ubat
Bernama
Mac 14, 2019 06:18 MYT
Mac 14, 2019 06:18 MYT
Rakyat Malaysia yang akan melancong ke Hatyai, Songkhla dinasihatkan lebih berwaspada khususnya ketika menaiki teksi atau "tuk-tuk" bersama orang yang tidak dikenali agar tidak menjadi mangsa kes samun.
Terbaru seorang wanita Thailand kehilangan barangan kemas bernilai 50,000 baht (RM6,500) ketika menaiki 'tuk-tuk' bersama seorang wanita yang tidak dikenali di Hatyai.
Anisah Lateh, 31 dari wilayah Pattani yang dalam perjalanan ke Padang Besar, Malaysia berkata beliau bertemu dengan dengan suspek wanita yang berusia 30an itu ketika menaiki van ke Hatyai.
Beliau berkata wanita itu telah mengajaknya menaiki tuk-tuk ke stesen teksi untuk meneruskan perjalanan ke Padang Besar.
"Ketika berada dalam tuk-tuk, saya tercium bau ubat. Selepas itu, saya tidak sedar diri.
"Apabila saya sedar, saya sudah ditinggalkan di satu tempat dan barangan kemas saya sudah dilarikan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, jurucakap polis Hatyai beberapa kes dengan modus operandi yang sama telah dilaporkan baru-baru ini.
Sebelum ini, beliau berkata seorang wanita kehilangan barangan kemas bernilai 12,000 baht.
"Saya berharap orang ramai termasuk pelancong agar lebih agar lebih berhati-hati menaiki kenderaan dengan orang yang tidak dikenali selain jangan terlalu menunjuk-nunjuk barangan kemas," katanya.
--BERNAMA
#barang kemas
#bau ubat
#Hatyai
#mangsa
#modus operandi
#polis
#Songkhla
#teksi
#Thailand
#tuk-tuk
#wanita