Wanita dipercayai sakit jiwa ditemui lemas di Sg Kedah

Bernama
Oktober 29, 2012 18:38 MYT
Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Kedah di sini setelah dipercayai terjatuh ke sungai itu kira-kira pukul 11.45 pagi ini.
Wanita berusia 54 tahun itu yang dipercayai mengalami sakit jiwa, ditemui lemas oleh orang awam di sungai tersebut tengah hari ini yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mangsa yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak itu tinggal di Taman Laguna Mas, Jalan Alor Mengkudu Alor Setar.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
"Bapa si mati juga telah datang membuat pengecaman mayat tersebut," katanya
#lemas #sakit jiwa #Sungai Kedah
;