Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android

Umavathi Ramayah
Jun 16, 2023 23:34 MYT
Mengikut pertuduhan, dia didapati menjual lima kotak TV android di sebuah kedai di EkoCheras Mall pada 29 Jun tahun lalu. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Mahkamah turut memerintah Tiew Ai Teng, 38, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, dia didapati menjual lima kotak TV android di sebuah kedai di EkoCheras Mall pada 29 Jun tahun lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 yang boleh didenda sehingga RM 200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Akta Hak Cipta 1987 telah ditambah baik melalui pindaan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2022.
Sementara itu, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) di dalam satu kenyataan meminta orang ramai supaya menyalurkan aduan lengkap kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan segera melalui saluran berikut:
#KPDNHEP #kotak TV Android #Mahkamah Sesyen #hukuman denda
;