Wanita dalam keadaan bogel dipukul dengan botol kaca

Muhafandi Muhamad
September 26, 2016 19:53 MYT
Dalam video berdurasi 2 minit 7 saat, seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an dipukul dalam keadaan telanjang oleh seorang wanita yang dipercayai sebaya dengannya.
Polis Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung penyebaran satu video seorang wanita yang dipukul menggunakan botol kaca dalam keadaan bogel.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenai insiden berkenaan.
Beliau dalam satu kenyataan meminta mereka yang terlibat termasuk mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Dalam video berdurasi 2 minit 7 saat, seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an dipukul dalam keadaan telanjang oleh seorang wanita yang dipercayai sebaya dengannya.
Wanita berkenaan turut memukul mangsa dengan botol kaca di bahagian kepala.
Turut kelihatan dalam video berkenaan, seorang lelaki yang didakwa sebagai suami kepada wanita yang melakukan serangan dan seorang lagi perempuan.
Berdasarkan video berkenaan, mereka yang terlibat menggunakan dialek Kelantan dan motif dipercayai akibat cemburu.
#bogel #botol kaca #penyebaran video #Polis Kelantan #siasatan
;