Wanita cedera selepas kereta dihempap pokok tumbang
Abd Razak Mohd Ali
Ogos 28, 2019 18:51 MYT
Ogos 28, 2019 18:51 MYT
Seorang wanita cedera selepas keretanya dihempap sebatang pokok tumbang ketika hujan lebat di Taman Badrishah, dekat sini, petang ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 2.06 petang.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh yang tiba di tempat kejadian mendapati seorang mangsa wanita berumur dalam lingkungan 20-an mengalami kecederaan ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam.
“Anggota menghantar mangsa ke hospital menaiki jentera EMRS dan memotong pokok tumbang menggunakan gergaji berantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi tamat sepenuhnya jam 3.24 petang.