Wanita bersalin sendirian di HSI: 'Perkara ini tidak patut berlaku lagi' - TMJ

Astro Awani
September 2, 2021 19:12 MYT
Tunku Ismail berkata, pihak-pihak yang terbabit akan diberikan peringatan dan amaran bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pesakit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) tidak patut berlaku lagi.
Tegas Tunku Ismail, pihak-pihak yang terbabit akan diberikan peringatan dan amaran bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pesakit.
"Saya telah menerima laporan dari JKNJ & melihat kenyataan JKNJ. Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin," kata TMJ satu ciapan di laman Twitter selepas menerima dan melihat kenyataan dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Saya telah menerima laporan dari JKNJ & melihat kenyataan JKNJ. Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi. https://t.co/LoNFCnhYan

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) September 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: JKNJ siasat wanita bersalin bersendirian di HSI
Sebelum ini, tular di laman Facebook mengenai seorang wanita mendakwa terpaksa bersalin seorang diri di bilik pengasingan khas untuk ibu hamil positif COVID-19 di HSI selepas usaha meminta bantuan kakitangan hospital dikatakan tidak dilayan.
Susulan itu, JKNJ berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu.
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim #wanita bersalin bersendirian #Hospital Sultan Ismail #JKNJ
;