Wanita 17 tahun ditemui mati, dipercayai ditumbuk suami di Simpang Pulai

Astro Awani
Februari 28, 2016 04:21 MYT
Suami mangsa berumur 27 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar Fail
Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tumbukan di muka di ruang tamu rumahnya di Ladang Sengat, Simpang Pulai di sini pagi tadi.
Menurut laporan, Mayat S. Durga Devi, 17, yang ditemui dalam keadaan terbaring, dipercayai dibunuh suaminya.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong dilaporkan berkata jiran mangsa memberitahu pihak polis bahawa beliau terdengar suara pertengkaran kira-kira pukul 5 pagi.
Sum berkata suami mangsa telah ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suami mangsa yang berumur 27 tahun itu bekerja sebagai buruh.
Pasangan itu telah berkahwin selama setahun dan mereka tiada mempunyai anak.
Tambahnya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
#bunuh #Ipoh #polis #simpang pulai #Simpang Renggam