Kumpulan kongsi gelap kini menjadikan tapak projek perumahan di kawasan pinggir bandar sebagai sasaran untuk memeras ugut atau meminta wang perlindungan, demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa.
Mendedahkan perkara itu, beliau berkata kawasan pinggir bandar di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Perak adalah antara lokasi panas yang menjadi sasaran kumpulan kongsi gelap itu.
"Kumpulan kongsi gelap menyasarkan premis perniagaan yang tidak dikawal secara optimum dan majoriti mangsa akan mengikut kehendak mereka kerana khuatir kumpulan itu akan bertindak mencederakan atau merosakkan harta benda," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, berdasarkan risikan, kegiatan pemerasan terhadap pemaju perumahan, pengurus tapak pembinaan, kontraktor dan orang perseorangan itu dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap atau samseng tempatan yang mendominasi kawasan berkenaan.
BACA: Peras ugut pemaju, kontraktor pembinaan membimbangkan
Rohaimi berkata pihaknya mendapati kumpulan kongsi gelap seperti Geng 36 meminta wang perlindungan antara RM360 hingga RM3,600 mengikut lokasi serta keluasan sesuatu tapak projek itu dan bergantung kepada kumpulan yang melakukan pemerasan.
Sepanjang tahun lepas, beliau berkata lima ahli kongsi gelap dan 40 samseng tempatan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
"Sebanyak 914 kertas siasatan dibuka tahun lepas berhubung kes peras ugut melibatkan pemaju perumahan, pengurus tapak pembinaan, kontraktor dan orang perseorangan ," katanya.
BACA: Pemaju, pengurus tapak pembinaan dan kontraktor jadi sasaran kongsi gelap
Sehubungan itu, Rohaimi meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung aktiviti pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap melalui talian hotline yang diwujudkan di seluruh negara dan memberi jaminan bahawa maklumat pemberi maklumat akan dirahsiakan.
"Sejak talian hotline dibuka pada 5 hingga 7Jan lepas, kami menerima lapan maklumat serta risikan dan siasatan sedang dijalankan," katanya.
Pada 4 Jan lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata maklumat aktiviti pemerasan boleh disalur menerusi talian hotline yang diwujudkan di seluruh negara atau Unit Pencegahan Kongsi Gelap Bukit Aman menerusi aplikasi WhatsApp dalam talian 011-12277478.
Talian hotline lain yang boleh dihubungi ialah Perlis (018-9409255); Kedah (011-58914020); Pulau Pinang (018-9714508); Perak (011-39590439); Selangor (017-2847611); Kuala Lumpur (017-2035767); Negeri Sembilan (018-6495106); Melaka (017-8847470); dan Johor (013-6052467).
Wan Ahmad Najmuddin berkata bagi kawasan pantai timur pula ialah Pahang (010-2266558); Terengganu (013-9391347); dan Kelantan (016-3521277) manakala bagi Sabah (013-8928228) dan Sarawak (013-5253052).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 06 2019
Rohaimi meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung aktiviti pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap melalui talian hotline yang diwujudkan di seluruh negara. - Gambar fail
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.
Pinda akta: Cekup orang besar sindiket judi haram - Muhyiddin
Peruntukan yang lebih khusus diperlukan lantaran sistem pelayan (server) judi haram atas talian kadangkala berada di luar negara.
Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA
Kesemua mereka yang ditahan akan diambil tindakan dan didakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Mahkamah Tinggi tolak kes mencabar Akta Pencegahan Jenayah
Sureshwaran Rajoo yang dibuang daerah selama tiga tahun bermula dari 29 Mei lalu menjalani sesi pendengaran diwakili peguamnya, N. Surendran.
Protes di luar pagar Parlimen
Kira-kira 30 orang berkumpul di luar bangunan Parlimen hari ini sebagai membantah pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA).
Pindaan Akta Pencegahan Jenayah untuk perangi jenayah terancang - Najib
Perdana Menteri menjelaskan pindaan itu bukan untuk mengembalikan ISA.
'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini
Pindaan kontroversi Akta Pencegahan Jenayah 1959 bakal menjadi tumpuan utama di Parlimen hari ini.
Zahid: Pindaan CPA turut dapat sokongan pembangkang
Pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mendapat maklum balas baik daripada pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.