Wang ehsan di Kelantan dibuat secara telus

Astro Awani
Disember 9, 2012 14:28 MYT
Pemberian wang ehsan hasil bayaran tunai Petronas di buat secara telus dan tidak bersembunyi.
Pemberian yang disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) diterima oleh Kelantan sejak tahun 2010
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, pihaknya mengalu-alukan jika Jabatan Audit Negara ingin membuat audit mengenai pemberian wang ehsan kepada rakyat Kelantan.
“Akaun kerajaan sentiasa di audit oleh Jabatan Audit Negara dan sekiranya pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan pengagihan wang ehsan, pihak kami bersedia untuk di audit,” kata Mustapha.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan exco kanan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendesak supaya Jabatan Audit Negara melakukan audit mengenai pengagihan wang ehsan.
Husam mendakwa timbul kekeliruan mengenai jumlah wang ehsan yang diterima setakat ini selain pengagihan wang tersebut di dakwa tidak telus.
Terdahulu sebelum itu Mustapha yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merasmikan hari terbuka Wisma Persekutuan dan Karnival Koperasi Kelantan yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Menurut Mustapha lagi: “Kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta mengenai pengagihan wang ehsan dan setakat ini sejumlah lebih RM 60 juta wang ehsan telah diagihkan kepada rakyat Kelantan.”
Pengagihan wang ehsan melibatkan: pelajar cemerlang, pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah, pelajar sekolah rendah dan menengah serta keluarga yang ditimpa malapetaka dan bencana.
#Datuk Seri Mustapha Mohamed #Jabatan Audit Negara #JPP #Kelantan #Petronas #wang ehsan
;