Wan Junaidi tamatkan zaman duda, bersanding malam ini

Rudi Affendi Khalik
Disember 10, 2022 05:08 MYT
Terdahulu tular gambar perkahwinan pasangan mempelai itu selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini. - Foto ihsan pembaca
KUCHING: Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan bakal mengadakan satu majlis persandingan susulan pernikahan beliau baru-baru ini.
Beliau bakal disandingkan di atas pelamin dengan wanita pilihan, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar jam, 7.30 malam ini.
Dijangkakan akan turut hadir, termasuklah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa pemimpin kanan negara.
Terdahulu tular gambar perkahwinan pasangan mempelai itu selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini.
Ini adalah perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada 27 Mei lalu.
Terdahulu, Wan Junaidi, 77, membuat keputusan untuk tidak bertanding di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Nancy Shukri.
Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar #tamat zaman duda #Premier Sarawak #Fauziah Mohd Sanusi