Wan Hassan dilantik Ketua Polis Kedah baharu
Adie Sufian Zulkefli
Januari 6, 2022 12:27 MYT
Januari 6, 2022 12:27 MYT
ALOR SETAR: Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat berkuat kuasa hari ini.
Majlis serah tugas disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Kamarul Zaman menggalas tugas sebagai Ketua Polis Kedah selama tujuh bulan sejak 8 Jun tahun lalu dan akan menjawat tugas sebagai Ketua Polis Johor bermula minggu depan.
Wan Hassan, 55, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Intergriti) Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.
Terdahulu, Wan Hassan turut dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis hari ini.
Dalam pada itu, Razarudin berharap Wan Hassan dapat memikul tugas baru itu untuk mentadbir negeri ini menggantikan Kamarul Zaman.