Wan Ahmad Fayhsal positif COVID-19
Astro Awani
Februari 24, 2022 10:44 MYT
Februari 24, 2022 10:44 MYT
KUALA LUMPUR: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19, pada Rabu.
Dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, Ketua Armada Bersatu itu memohon agar individu yang menemuinya sejak awal minggu ini untuk membuat ujian saringan, menjalani kuarantin dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP).
"Buat rakan-rakan yang telah menemui saya sejak awal minggu, saya mohon agar anda turut buat isolasi dan ujian mengikut SOP. Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih," katanya pada Khamis.
Setakat 23 Februari, negara telah merekodkan 31,199 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 3,305,157 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan, 31,080 jangkitan membabitkan kes tempatan dan 119 kes import