"Walaupun tak gembira, kaum Cina tak akan tinggalkan PH" - Muhyiddin
Firdaus Azil
November 7, 2019 15:44 MYT
November 7, 2019 15:44 MYT
Pakatan Harapan (PH) percaya kaum Cina akan terus menyokong parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau, kerajaan mengakui, timbul sentimen tidak puas hati kaum itu mengenai pengurusan ekonomi semasa, namun perkembangan itu tidak akan sampai ke tahap mereka akan hilang kepercayaan terhadap PH.
“Secara umum ada sentimen yang tak berapa positif (dalam kalangan kaum Cina). Tetapi yang agak, interesting enough, as much as they’re not happy, they’re not prepared to swing for Barisan Nasional.
"Yes they’re not happy with Pakatan Harapan, but they will not abandon Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang media PH, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya soalan mengenai penurunan keyakinan kaum Cina terhadap PH sehingga boleh menjejaskan peluang mereka mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai.
#kaum cina
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PH
#PRK Tanjung Piai
#Tanjung Piai Memilih
#tidak akan tinggalkan PH