Walau sistem KLIA terjejas, keselesaan penumpang tetap keutamaan MAB

Firdaus Azil
Ogos 24, 2019 15:20 MYT
Pasukan MH Rangers, iaitu sukarelawan dari Malaysian Aviation Group (MAG) bersama-sama pengurusan kanan, bukan sahaja turun padang membantu staf lapangan terbang, tetapi juga ada untuk membantu penumpang. - Foto Facebook MAHB
Walaupun gangguan sistem di Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur masih belum diperbaiki sepenuhnya, pihak pengurusan Malaysia Airlines Berhad (MAB) beri jaminan akan beri keutamaan kepada keselesaan dan kelancaran perjalanan penumpang.
Dalam satu kenyataan hari, mereka berkata, pasukan MH Rangers, iaitu sukarelawan dari Malaysian Aviation Group (MAG) bersama-sama pengurusan kanan, bukan sahaja turun padang membantu staf lapangan terbang, tetapi juga ada untuk membantu penumpang yang ingin menaiki penerbangan masing-masing.

Look out for these MH Rangers around the airport, wearing green safety vests or t-shirts with Malaysia Airlines logo/name or ID tags of the respective companies under MAG. pic.twitter.com/ncE5ChA4lH

— Malaysia Airlines (@MAS) August 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Anda boleh mencari mana-mana MH Ranger di sekitar terminal, memakai vest keselamatan berwarna hijau atau t-shirt dengan logo Malaysia Airlines, atau tag nama syarikat masing-masing.
“Kami telah mengerahkan lebih 300 Rangers sejak Khamis lepas, dan akan ada lebih ramai lagi sepanjang hujung minggu ini yang mana mereka akan berada di kawasan-kawasan penting untuk meminimakan kelewatan penerbangan yang mahu berlepas ataupun baru tiba,” menurut kenyataan itu lagi.
BACA: Gangguan sistem di KLIA ditangani, kesesakan berkurangan
BACA: Etiqa akan bayar tuntutan kelewatan penerbangan akibat gangguan sistem KLIA
BACA: Aduh, sehari suntuk di KLIA gara-gara gangguan sistem
MAHB menegaskan keselamatan para pengguna KLIA sentiasa menjadi keutamaan mereka, dan pengurusan akan melakukan terbaik dalam menangani masalah itu.
#keselamatan #KLIA #Kuala Lumpur #MAHB #Malaysia #Malaysia Airlines #MH Rangers #penerbangan
;