Waktu Subuh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan selama lapan minit bermula esok, 30 Nov.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 dan 21 Nov.
"Kami mengambil prihatin isu tambahan lapan minit sebagai permulaan masuk waktu Subuh dari waktu sedia ada dalam taqwim Selangor.
"Hal ini kerana ditukar darjah dari 20 kepada 18 dan setiap darjah dikira empat minit, justeru dua darjah menjadi lapan minit," katanya menerusi satu kenyataan di laman rasmi Twitter beliau, hari ini.
BACA: Tambahan 8 minit waktu Subuh di seluruh Selangor mulai esok
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan itu.
Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan di negeri itu bermula hari ini dengan tambahan lapan minit daripada waktu asal semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019

Waktu Subuh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan selama lapan minit bermula esok, 30 Nov. - Gambar fail
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.

PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik
Semua pihak terbabit diminta supaya memperbaharui niat ketika memasuki kempen PRU akan datang.

Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di Youtube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.

Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Sadam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.

Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.

Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.

COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.

Seludup daging: Penubuhan RCI langkah terbaik - Zulkifli
Usaha dan hasrat yang murni ini dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.