Waktu Subuh di Kelantan dilewatkan 4 minit - Mufti
Vivi Sumanti
April 21, 2020 12:48 MYT
April 21, 2020 12:48 MYT
Waktu solat Subuh di Kelantan dilewatkan empat minit bermula 24 April, kata Mufti negeri ini, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Dalam satu kenyataan, Mohamad Shukri berkata, perubahan itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
"Perubahan ini adalah berdasarkan penggunaan nilai altitud matahari di bawah ufuk bagi permulaan waktu terbit fajar Sadiq (waktu bermulanya Subuh) daripada 19 darjah yang diguna pakai sebelum ini kepada 18 darjah.
"Keputusan Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memutuskan bahawa perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh dan imsak sahaja manakala waktu solat fardu yang lain tidak berubah," katanya.
Ujarnya, solat Subuh yang didirikan sebelum perubahan ini sah dan tidak perlu diganti.
#fajar
#Kelantan
#lewat
#Matahari
#Mohamad Shukri Mohamad
#mufti
#Sadiq
#solat
#Subuh
#Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad V
#ubah
#ufuk
#waktu