Waktu operasi kedai makan dilanjutkan jadi tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini

Nickyson Nyambar
Januari 21, 2021 20:44 MYT
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 577 individu atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 545 telah dikompaun dan 32 individu direman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 31,155 pemeriksaan di pelbagai premis di seluruh negara.
Ini termasuk di terminal pengangkutan darat, udara dan air.
Berikut lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini:
1) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan dan enam buah negeri lain dilanjut sehingga 4 Februari 2021.
2) Kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan kedai makan dan restoran untuk beroperasi sehingga pukul 10 malam, namun tertakluk kepada beberapa perkara.
3) PKPD yang dikenakan di Asrama Westlite, Johor Bahru akan ditamatkan esok, 22 Januari 2021. Meskipun begitu, lokaliti ini masih tertakluk kepada PKP yang dilaksanakan di seluruh negeri Johor.
4) PDRM\ telah menahan 577 individu atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 545 telah dikompaun dan 32 individu direman.
5) Op BENTENG telah berjaya menangkap 12 orang PATI serta merampas lima ( 5) buah kenderaan darat dalam operasi yang dijalankan di seluruh negara.
BACA: PKP di tujuh negeri dilanjut hingga 4 Februari - Ismail Sabri
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Menteri Kanan Pertahanan #Ismail Sabri #PDRM #Polis Diraja Malaysia PDRM #Op Benteng
;