Waktu operasi kedai makan dilanjutkan, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri

Fareez Azman
April 12, 2021 11:28 MYT
Ismail Sabri berkata negara berkemungkinan berdepan gelombang keempat COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ini lima perkara yang dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidand media 12 April 2021.
1. Operasi kedai makan, gerai, warung, perkhidmatan penghantaran makanan dilanjutkan sehingga jam 6.00 pagi sepanjang Ramadan.
2. Enam negeri (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak dikekalkan status PKPB bermula 14 sehingga 26 April.
3. 10 negeri dikekalkan dibawah PKPP (Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan).
4. Negara berkemungkinan berdepan gelombang keempat COVID-19.
5. PKPD Kampung Meruntum, Putatan bermula 13 sehingga 26 April depan.
#ismail sabri yaakob #Kuala Lumpur #Ramadan #Kedah #Pahang #Putrajaya #Negeri Sembilan #Perlis #COVID-19 #PKPB #PKPD #PKPP #Menteri Kanan Pertahanan