Wakil UM8 hantar surat ke pejabat Naib Canselor

Omar Asim
Disember 19, 2014 14:54 MYT
Wakil UM8 hari ini telah menghantar surat rayuan di pejabat Naib Canselor dan Tatatertib Pelajar.
Wakil UM8 hari ini telah menghantar surat rayuan di pejabat Naib Canselor dan Tatatertib Pelajar.

Hari ini tujuh pelajar UM8 bersama pelajar-pelajar lain menghantar surat rayuan kepada Naib Canselor UM. @501Awani pic.twitter.com/eXUZawvqT1

— Omar Zin (@dandbiru) December 19, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini sejurus selepas pihak Universiti Malaya memberi masa kepada UM8 selama 14 hari untuk membuat rayuan.
Bekas Presiden PMUM, Fahmi Zainol berkata sekiranya pihak universiti masih lagi tidak memberikan sebarang kata putus, mereka akan membawa kes ini ke mahkamah luar.

Wakil dari UM8 telah menghantar surat rayuan di pejabat Naib Canselor dan pejabat Tatatertib Pelajar. @501Awani pic.twitter.com/bciRfONmxG

— Omar Zin (@dandbiru) December 19, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
UM8 ialah kumpulan terdiri daripada lapan mahasiswa yang didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh pihak universiti kerana terlibat dalam satu penganjuran perhimpunan haram pada Oktober lepas.
Penganjuran ‘Occupy UM8’ sejak 10 Disember oleh Mahasiswa UM ialah sebagai tanda solidariti penuh kepada UM8 agar pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap mereka.
Protes duduk bantah itu berakhir petang Isnin di Bangunan Canseleri Universiti Malaya (UM).
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Occupy UM8 #UM8 #universiti malaya
;