Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Kamsiah Kamaruddin meninggal dunia
Astro Awani
Mac 31, 2022 00:12 MYT
Mac 31, 2022 00:12 MYT
KUALA LUMPUR: Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Kamsiah Kamaruddin disahkan meninggal dunia pada Khamis.
Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang berkongsi berita duka itu menerusi ciapan di Twitternya.
“Sedih dan pilu mendapat perkhabaran duka daripada Jakarta bahawa Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, PYT Kamsiah Kamaruddin telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.
“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang dikasihi-Nya, dan didoakan keluarga tabah menghadapi cabaran ini,” ujarnya.
Allahyarhamah telah berkhidmat di Wisma Putra sejak 1992 dan pernah bertugas di Thailand serta Singapura.