Wajar tangguh ratifikasi ICERD, ia 'mencemaskan' rakyat - Anwar
Astro Awani
November 15, 2018 06:00 MYT
November 15, 2018 06:00 MYT
KUALA LUMPUR: Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah sesuatu yang wajar bagi kerajaan menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menurut Anwar, walaupun secara asasnya Malaysia mendokong prinsip menegakkan keadilan dan menolak diskriminasi namun ia menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
"ICERD itu tidak ada cacatnya kerana ia dokumen yang mendokong keadilan dan menolak diskriminasi tetapi untuk kita meterai pelaksanaannya harus kita ambil kira kebimbangan, keresahan, kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.
"Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya menimbulkan kegelisahan," kata Anwar dalam bual bicara mingguan eksklusif AI terbitan Astro AWANI pada Khamis.
Ikuti penjelasan serta pendirian Anwar mengenai ICERD di dalam video berikut:
Ramai yang bertanya, Adakah kerajaan terburu-buru meratifikasikan ICERD?
PKR pada Khamis melalui Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil PKR menggesa kerajaan supaya tidak gopoh meratifikasi ICERD.
Menurut Fahmi, kerajaan perlu mendengar pendapat semua pihak sebelum membuat keputusan memuktamadkan perkara itu dan ia masih dibincangkan di peringkat dalaman parti.
Mengambil kira keunikan fabrik sosial Malaysia yang rencam, masyarakat secara umumnya menyatakan pelbagai pandangan mengenai ratifikasi ICERD. Ada yang bersetuju dan ada pula yang menyifatkan ia sebagai ancaman terhadap kontrak sosial negara.
#Anwar Ibrahim ICERD
#ICERD
#Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskr
#Terkini Anwar Ibrahim
#AI
#Berita Terkini
#berita hari ini
#isu semasa
#Hak Melayu Bumiputera ICERD
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Pakatan Harapan