Wajah ketika sihat remaja OKU yang ditemui di Nilai tersebar

Azyyati Ahmad
Jun 22, 2014 20:20 MYT
Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang - FotoBernama
Gambar awal remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di Nilai awal pagi Sabtu, hangat diperkatakan di media sosial.
Gambar itu tersebar dipercayai diambil dari akaun Facebook milik ibu kandungnya.
Gambar yang bertarikh 18 Mac 2012 itu jelas menunjukkan wajah remaja OKU yang bernama Muhammad Firdaus Dullah, 15, lebih berisi dan terurus.
Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang.
Turut trending, adalah wajah sebenar ibu kepada Muhammad Firdaus yang dikenali sebagai Lola, 40.
Orang ramai juga mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan Lola, yang mengurung Muhammad Firdaus seorang diri di bilik yang dipenuhi najis dan sisa makanan.
Ramai pihak turut meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan penemuan tersebut dan menyeru agar Lola dikenakan tindakan.

ibu dpt family baru,makan sedap,anak oku kurung smpai nk mati,ibu x tau ke anak tu bernyawa..serious ada episod baru tanah kubur utk ibu tu

— Hazwan hazkim ™ (@hazkim93) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"@AmarAronz: Perbezaan fizikal budak oku sebelum dan selepas dikurung yg dijumpai di Nilai semalam.astaghfirullah pic.twitter.com/stg3cNm2Mb"

— Imanina Hanafi (@ImaninaHanafi) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Eee sedihnya pasal budak oku tu

— nikai (@hxnitta) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apalah salah Remaja OKU ni kena kurung sampai nampak rangka je semoga Allah merahmati kamu dik :( Sabar syg pic.twitter.com/gGeOrRDK5y

— #GER (@ShuhadahRoseli) June 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Adik OKU Muhammad Firdaus Dullah: Sebelum dan selepas :'( pic.twitter.com/SJqlpsuat3

— Girl Talk (@twt_girltalk) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

budak oku tu comel kot. hw could mak dy buat gitu. tk rasa bdo ke 9bulan kau prgnt sakit satu bdn time bsalin.dh beso gitu kau kurung. ha?

— atul (@Atlslmn) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ya Allah, kesian tengok budak OKU yang tak bersalah tu. Mak apa kejam sampai biaqkan anak takmakan apa semua..

— (@AyiefaA2) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semua org kt malaysia, duk fikir pasal budak oku yg kene kurung mak die.

— syazwin issabella (@syazwin5) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedih baca paper pasal budak OKU kena kurung. Tambah plak abg Ein bagi aku tgk video budak tu. Triple sebak. Subhanallah.

— Nur Al Din ヅ (@SH1M4_) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Subhanallah aku cukup kasihan dengan budak oku lelaki tu...ibunya sanggup kurungkan anak sendiri..

— HashTag #TajulRazin (@OfficialsyiDaa) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Astagar sedihnya. Keadaan remaja OKU yg ditemui..bukan di Somalia, Syria atau Bangladesh..tapi di Nilai. pic.twitter.com/cvwg7IMLGh

— Malek Hussin (@AbdMalekHussin) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

sad to see how cruel people can be. budak oku 15 tahun dikurung dengan ibu kandung sendiri. where has the humanity gone?

— (@ItsElliza) June 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ itu tanpa sengaja ditemui di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai ketika Jabatan Imigresen melakukan operasi menangkap pendatang tanpa izin (Operasi 6P).
Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.
Sebaik dijumpai, dia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pada Ahad, ibu remaja itu yang kini isteri kedua berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya kepada Harian Metro.
Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup Lola dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Lola dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
#jkm #Muhammad Firdaus Dullah #OKU #reaksi media sosial #remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU)
;