Wahid Omar, P. Waytha Moorthy angkat sumpah Senator

Hakim Rahman
Jun 5, 2013 11:36 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy Ponnusamy hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.
Kedua mereka mengangkat sumpah kira-kira jam 10 pagi tadi dihadapan Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Abu Zahar dalam ucapan mengalukan pelantikan Wahid dan Wartha berkata sebagai Ahli Dewan Negara mereka mestilah memahami perkara 44 dan 45 dalam Perlembagaan.
"Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, paling utama sekali kita mestilah memahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan "Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan".
Sementara itu pemimpin Hindraf, P. Waytha Moorthy yang baru mengangkat sumpah sebagai senator Dewan Negara hari ini menyifatkan pelantikannya sebagai penghormatan kepada perjuangan golongan India yang miskin dan 'mereka yang tidak bersuara'.
"Saya berazam melakukan yang terbaik. Ini adalah satu penghormatan kepada perjuangan India miskin di Malaysia," kata beliau.
#Abdul Wahid Omar #Ahli Dewan Negara #angkat sumpah #Wartha Moorthy Ponnusamy
;