Wad ICU COVID-19 Hospital Sultanah Bahiyah ditutup tidak benar
Adie Sufian Zulkefli
April 20, 2020 17:04 MYT
April 20, 2020 17:04 MYT
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menafikan Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menempatkan pesakit COVID-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ditutup sepenuhnya.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Fikri Ujang memandang serius sisipan video yang tular di media sosial mengatakan wad ICU terbabit ditutup, sambil menyifatkannya tidak beretika.
Jelasnya, ICU di hospital berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan masih terdapat kes COVID-19 dirawat di HSB.
Bagaimanapun katanya tiada pesakit yang memerlukan rawatan di ICU ketika ini.
Katanya, video dan kenyataan yang dimuat naik di media sosial memaparkan wad berkenaan ditutup dibuat orang perseorangan tanpa pengetahuan pihak pengurusan HSB atau jabatan kesihatan negeri.
Dalam pada itu, Dr Mohd Fikri mengingatkan kakitangan jabatan kesihatan supaya tidak mengeluarkan kenyataan, memuat naik gambar atau video yang boleh mengelirukan dan menimbulkan persepsi salah kepada masyarakat.
Pagi tadi, tular kenyataan dan video di laman sosial Facebook yang dibuat oleh seorang individu mendakwa wad ICU bagi merawat pesakit COVID-19 di HSB ditutup.
#COVID-19
#Dr Mohd Fikri Ujang
#Hospital Sultanah Bahiyah
#HSB
#ICU
#Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
#unit rawatan rapi