VITAGEN sumbang 30,000 minuman susu kultur probiotik hargai barisan hadapan
Ehsan A Marisah
April 16, 2021 11:01 MYT
April 16, 2021 11:01 MYT
BATU CAVES: Sebanyak 30,000 botol minuman susu kultur probiotik disumbangkan oleh VITAGEN kepada petugas barisan hadapan di Hospital Selayang sepanjang Ramadan ini.
Ketua Pemasaran VITAGEN, Yap Jay Queen berkata, dengan sumbangan minuman susu kultur probiotik tersebut diharapkan dapat membantu meningkatkan sistem imun di samping menghargai barisan hadapan yang bertugas memerangi COVID-19.
“Ramai yang tidak menyedari bahawa lebih 70 peratus sistem imun berada dalam sistem penghadaman kita, jadi sistem penghadaman yang sihat akan mendorong sistem imun yang kuat.
“Oleh itu, VITAGEN dengan keberkesanan dua strain kultur probiotik hidup, iaitu Lactobacillus acidophillus dan Lactobacillus paracasei yang aktif dan terbukti secara klinikal adalah baik untuk sistem penghadaman,” katanya kepada Astro AWANI selepas Majlis Sumbangan Khas VITAGEN kepada Hospital Selayang, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau menambah, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan terus diperluas sebagai usaha pihaknya melahirkan rakyat dan negara yang sihat.
“Kami percaya usaha sebegini dapat memberi kesedaran serta mendidik masyarakat tentang kepentingan sistem penghadaman kita,” katanya.
Sementara itu, Penyelia dan Penyelaras Klinik Pakar Aras Tiga Hospital Selayang, Ahmad Farozi Alias berkata, program seumpama itu membantu meningkatkan momentum petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.
“Diharapkan program ini diteruskan sepanjang tahun, secara tidak langsung memberikan semangat, komitmen dan kesinambungan dalam perkhidmatan awam” ujarnya.
Hadir sama Timbalan Pengarah Hospital Selayang, Dr. Tengku Intan Norleen Tengku Sharif yang menyampaikan sijil penghargaan kepada VITAGEN bagi menghargai usaha murni itu.
#vitagen
#Hospital Selayang
#COVID-19
#Selayang
#Ramadan
#petugas kesihatan
#frontliner
#barisan hadapan
#susu kultur probiotik
#imun
#susu kultur
#probiotik