Viral: Warga emas dipukul di Bazar Ramadan
Maisarah Atan
Julai 6, 2016 09:22 MYT
Julai 6, 2016 09:22 MYT
Hanya kerana kemalangan kecil, seorang pemandu warga emas diserang sekumpulan lelaki di bazar Ramadan di Jalan Masjid India, menyebabkan kerosakan pada kereta pemandu tersebut.
Kejadian berlaku ketika pemandu kereta itu dipercayai tersilap lorong, lalu terlanggar sebuah motosikal yang berhenti secara mengejut.
Kesilapan yang tidak disengajakan itu jadi punca amukan kira-kira 10 orang awam yang meluru ke arahnya dan bertindak memukul pemandu tersebut.
Kereta pemandu malang ini turut jadi mangsa khianat.
Pemandu berkenaan berjaya dikeluarkan dengan bantuan seorang peniaga.
Malangnya penyerang melarikan diri.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati cuma seorang saksi tampil memberi keterangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini, dan suspek sedang dikenalpasti melalui sebuah video amatur dan gambar yang dimuat naik di laman sosial.