Viral gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Kuala Langat tidak benar
Bernama
Oktober 21, 2016 13:43 MYT
Oktober 21, 2016 13:43 MYT
Mesej viral di media sosial mengenai gangguan bekalan air di kawasan Klang, Shah Alam dan Kuala Langat yang kononnya akan berlaku hari ini dan esok adalah tidak benar.
Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata mesej tersebut sebenarnya adalah berkenaan gangguan air berjadual yang telah dilaksanakan pada 21 Okt 2015.
Pengguna dinasihatkan merujuk kepada aplikasi telefon pintar "mySyabas" atau melayari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai gangguan bekalan air. -- BERNAMA